Hari Jumaat lepas, Safuraa datang ke bilik aku dan tetiba dia ajak aku untuk buat spaghetti carbonara. So aku pun teman la dia buat sebab to be honest i have no idea on how to make carbonara. Jadi aku nak cerita tentang cara paaaaling basic nak buat carbonara serta menjimatkan duit dan masa. So rasa kita letak tepi dulu.
Electrical appliance yang diperlukan hanya lah rice cooker.
Bahan-bahan:
1. Setengah biji bawang Holland (yang warna oren tu)
5. Kimball angel hair (3.40 MYR)
6. Prego Carbonara- small bottle (4.80 MYR)
Bawang Holland sebiji dengan satu labu bawang putih tu Safuraa beli dekat pasar malam dalam 1.00 MYR sahaja.
Cara penyediaan :
- Mula-mula didihkan air dalam rice cooker.
- Bila air tu dah bebetul panas, baru masukkan spaghetti dalam kuantiti yang kita nak.
- Pastikan rendam spaghetti lama sikit supaya tak terlalu keras kita nak makan dan jangan terlalu lama pula rendam nanti jadi lembut atau lembik sangat pula untuk dimakan.
- Bila dah lembut, angkat dan letak dalam pinggan. So selesai part spaghetti. Jadi la macam ini.
- Bagi carbonara sauce pula, hiris halus-halus terlebih dahulu separuh bawang Holland dan dua ulas bawang putih.
- Then, make sure panaskan minyak dulu dalam rice cooker.
- Lepas itu, tumis bahan-bahan tadi termasuklah dengan sosej.
- Lepas tengok macam dah garing, naik bau, masukkan sauce carbonara.
- Boleh letak air atau nak letak sayur after carbonara mendidih pun boleh. Ikut citarasa kita. Nak letak garam pun boleh.
- Dekat belakang tin prego itu ada dituliskan cara penggunaannya.
Ini hasilnya!
Budget overall dalam 10 MYR. Boleh makan 2 org. Spaghetti itu aku dengan Safuraa buat separuh sahaja. Tapi carbonara sauce memang cukup- cukup untuk dua orang makan. Spaghetti carbonara ini terpulang kepada kita nak makan pagi, petang atau malam. Pada pendapat aku, memang mengenyangkan walaupun rasanya tak berapa bagus. It was a first try gitu.
Selamat menjamu selera
Okay, thank you. Bye.
No comments:
Post a Comment